FAQ About Urusetia Program Latihan Subkepakaran BPP
Bilakah iklan subkepakaran akan dibuka
Iklan akan dibuka oleh pihak Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) kebiasaannya pada bulan Ogos atau September setiap tahun bagi kemasukan Julai tahun berikutnya
Untuk pertanyaan lanjut berkaitan iklan tawaran C boleh hubungi BPL DI TALIAN 03-88850600
Apakah perbezaan di antara BPP dan BPL
BPP adalah Bahagian Perkembangan Perubatan manakala BPL adalah Bahagian Pengurusan Latihan
BPP merupakan urusetia latihan subkepakaran yg memudahcara serta menyelaras perancangan latihan dan perkara perkara berkaitan teknikal melibatkan 180 bidang subkepakaran
BPL merupakan urusetia subkepakaran yg menjadi pihak penaja bagi Cuti Belajar Bergaji Penuh dan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan menjaga isu -isu administrative pelatih pelatih termasuk isu cuti ,elaun sara hidup , tuntutan dan sebagainya
Bila kah saya akan mendapatkan keputusan sama ada diterima atau tidak setelah saya memohon?
Calon akan mendapatkan keputusan layak atau tidak layak melalui email yang akan dihantar oleh pihak BPL selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh mula latihan.
Tarikh mula latihan adalah 1 julai pada setiap tahun (July intake )
Adakah suatu Garis Panduan yang boleh saya rujuk mengenai program ini
Anda boleh merujuk pada garis panduan yang boleh dimuat turun di laman web BPL di (e-hlp)http://ehlp.moh.gov.my
Bagaimanakah saya boleh mengetahui ke mana saya akan ditempatkan pada waktu latihan bermula
Semua pelatih akan diberikan perancangan latihan atau training plan yang akan diemailkan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum memulakan latihan subkepakaran. Tarikh bermula latihan subkepakaran adalah setiap 1 Julai. (once a year July intake)
Sekiranya saya tidak mendapat pelepasan pengarah adakah saya perlu menangguhkan latihan?
Ya, setiap pelatih yang ingin mengikuti program latihan subkepakaran perlu dilepaskan dengan pengganti agar perkhidmatan tidak terjejas. Pelepasan pegawai adalah di bawah budi bicara Pengarah Hospital. Pada kebiasaanya Pengarah Hospital akan melepaskan pada tarikh latihan bermula, walau bagaimanapun terdapat juga pelatih yang memulakan latihan sebulan atau dua bulan lewat kerana menunggu pengganti.
Bagaimana cara untuk memohon pelanjutan latihan (extension of training)?
Pelanjutan latihan boleh dipohon kepada pihak BPL selaku penaja. Ini kerana sebarang pelanjutan latihan akan melanjutkan tempoh ikatan kontrak perjanjian yang telah ditandatangani. Setelah pelatih mendapat kelulusan pelanjutan dari pihak BPL pelatih bertanggungjawab memaklumkan kepada urusetia BPP untuk membuat pindaan Training Plan yang merangkumi pelanjutan tersebut.
Bagaimana cara untuk saya menangguhkan (postpone) latihan , atas sebab eg ; peribadi, masalah kesihatan, anak,ibu bapa tidak sihat dan sebagainya
Tatacara penangguhan(postpone) atau pelanjutan (extension) adalah sama , pelatih perlu memohon kelulusan BPL dengan mengisi borang yang berkitan di website BPL di (e-hlp) http://ehlp.moh.gov.my/ bertanggungjawab memaklumkan kepada urusetia BPP untuk pindaan perancangan latihan (amendment of training plan)
Bolehkah saya menarik diri sebelum menandatangani kontrak perjanjian bersama BPL?
Boleh. Calon boleh menarik diri dengan menghantar surat rasmi kepada pihak BPL. Terdapat penalti di mana calon tidak layak memohon Tawaran C untuk tempoh 2 tahun. Bagi pertanyaan ini sebaiknya calon menghubungi pihak BPL di talian
03-8885 0600
Siapakah yang harus saya hubungi di BPP bagi tujuan pindaan perancangan latihan?
Pelatih boleh menghubungi 03-8883 1094 atau 03-8883 1097 untuk bercakap dengan Person In Charge berkaitan Training Plan tersebut.
Apakah penalti yang perlu saya bayar sekiranya saya ingin menarik diri pada tahun pertama sekiranya merasa tidak sesuai meneruskan latihan?
Bagi pertanyaan penalti dan ganti rugi anda disarankan berhubung terus dengan pihak penaja iaitu urusetia BPL di talian 03-8885 0600 atau email ke [email protected]
Bolehkah saya menolak tawaran setelah saya ditemuduga oleh Jawatankuasa Kecil Latihan Subkepakaran (Subspecialty Sub-committee)?
Ya, calon yang ingin menolak tawaran perlu memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada BPL ([email protected]) dan juga kepada urusetia BPP (03-8883 1097 atau 1094) untuk mengelakkan penalti 2 tahun.
Saya adalah pensyarah klinikal dari Universiti (USM/UKM/UPM/UM etc) Bagaimana cara untuk memohon mengikuti latihan subkepakaran di bawah KKM? Saya akan ditaja oleh pihak Universiti .
Buat masa ini sememangnya tawaran C hanya terbuka kepada calon KKM sahaja. Sekiranya terdapat calon dari agensi selain KKM ingin menyertai program ini, calon perlu mengemukakan surat rasmi kepada Pengarah Perkembangan Perubatan. Calon akan diberikan "Blanket Approval" dan sebarang keputusan adalah tertakluk keperluan dan kesediaan Jawatankuasa Kecil latihan Subkepakaran bidang masing-masing. Pengambilan calon luar KKM perlu mengambil kira faktor "trainer to trainee ratio" serta kebajikan pelatih KKM sedia ada.