FAQ About Urusetia Program Latihan Subkepakaran BPP
Urusetia Program Latihan Subkepakaran BPP
2 years ago | farahghani
Saya adalah pensyarah klinikal dari Universiti (USM/UKM/UPM/UM etc) Bagaimana cara untuk memohon mengikuti latihan subkepakaran di bawah KKM? Saya akan ditaja oleh pihak Universiti .
Buat masa ini sememangnya tawaran C hanya terbuka kepada calon KKM sahaja. Sekiranya terdapat calon dari agensi selain KKM ingin menyertai program ini, calon perlu mengemukakan surat rasmi kepada Pengarah Perkembangan Perubatan. Calon akan diberikan "Blanket Approval" dan sebarang keputusan adalah tertakluk keperluan dan kesediaan Jawatankuasa Kecil latihan Subkepakaran bidang masing-masing. Pengambilan calon luar KKM perlu mengambil kira faktor "trainer to trainee ratio" serta kebajikan pelatih KKM sedia ada.