FAQ About Diploma Muamalat UiTM
Apakah syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon Program Diploma Muamalat?
Syarat Am Universiti
- Memiliki SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu;
DAN;
- Lulus Sejarah
___________________________________
Syarat Khas Program: Lepasan SPM
Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:
- Bahasa Inggeris
- Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah / Usul Al-Din / Al-Syariah / Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah;
DAN;
- Lulus Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Al-Adab Wa Al-Balaghah
- Lulus Matematik / Matematik Tambahan
___________________________________
Syarat Khas Program: Lepasan Pra-Diploma UiTM
Lulus Naik Taraf (LNT) Program Pra-Diploma Pengajian Islam (IC001/IC002)
ATAU;
Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Sains (PD007/PD008) atau Pra Diploma Perdagangan (BA002/BA003) dari UiTM;
DAN;
Lulus SPM/ Setaraf dengan:
Kepujian dalam Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah / Usul Al-Din / Al-Syariah / Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah;
DAN;
Lulus Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al- Arabiah Al-Mu’asirah / Al-Adab Wa Al-Balaghah;
Di manakah Program Diploma Muamalat ditawarkan?
Program Diploma Muamalat ditawarkan di:
- UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
- UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah
Apakah subjek yang akan dipelajari di dalam program Diploma Muamalat?
SUBJEK TERAS FAKULTI:
- AQIDAH ISLAMIYAH
- AKHLAQ ISLAMIYAH
- ULUM AL-QURAN
- ULUM AL-HADIS
- PENGENALAN USUL FIQH
- PENGENALAN TARIKH TASHRI’
- FIQH IBADAH
- DIRASAH AN-NASSIYAH
SUBJEK TERAS PROGRAM DIPLOMA MUAMALAT:
- FIQH MUAMALAT I
- FIQH MUAMALAT II
- PENGENALAN QAWAID FIQHIYYAH
- MALAYSIAN MUAMALAH LAW
- PROPERTY CRIMES IN ISLAM
- ISLAMIC INVESTMENT
- ISLAMIC CONSUMER BEHAVIOR
- ISLAMIC ACCOUNTING
- INTRODUCTION TO ISLAMIC MARKETING
- ISLAMIC WEALTH MANAGEMENT
- ISLAMIC FINANCIAL SYSTEM
- FUNDAMENTALS OF TAKAFUL
- FUNDAMENTALS OF ISLAMIC ECONOMICS
- BUSINESS MATHEMATICS
- COMPUTERS AND INFORMATION PROCESSING
- INTRODUCTION TO STATISTICS
Apakah prospek kerjaya setelah menamatkan pengajian Diploma Muamalat?
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
- Perancang Kewangan Islam
- Pengurus Harta Islam
- Eksekutif Syariah di institusi perbankan Islam dan takaful
- Tenaga Pengajar
- Konsultan unit amanah
- Konsultan takaful
Ada persoalan lain berkaitan program Diploma Muamalat?
Laman Web Program Diploma Muamalat:
Diploma of Muamalat (uitm.edu.my)
Sertai e-Counter Whatsapp Program Diploma Muamalat di:
Adakah program Diploma Muamalat diiktiraf MQA?
Ya. Program Diploma Muamalat mendapat akreditasi penuh daripada MQA.
Pautan dokumen MQA:
Selepas tamat Diploma Muamalat UiTM, apakah program ijazah sarjana muda yang boleh pelajar menyambung pelajaran di UiTM?
Boleh menyambung pengajian ke program Sarjana Muda Muamalat dan Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal. Calon juga boleh manyambung pengajian ke mana-mana program Sarjana Muda yang setaraf di UiTM.
Adakah jika tiada subjek bahasa arab dalam spm tidak layak untuk apply ?
Ya. Untuk permohonan program Ini, calon perlu mendapat gred Lulus dalam salah satu subjek Bahasa Arab di peringkat SPM
adakah bahasa arab merupakan bahasa komunikasi yang perlu digunakan ketika belajar.
Bahasa Arab digunakan sebagai medium perantaraan bagi proses Pengajaran dan Pembelajaran untuk sekurang kurangnya 4 subjek sepanjang pengajian.
Adakah subjek matematik perlu "strong" untuk sambung diploma muamalat ni?
Pengetahuan yang kukuh dalam Matematik akan membantu pelajar untuk mendalami beberapa subjek dengan mudah. Walau bagaimanapun, pelajar akan dibantu sekiranya berhadapan dengan kesukaran untuk subjek yang berkaitan.
Berapakah merit yang diperlukan untuk melayakkan diri ke diploma muamalat?
Calon perlu memenuhi SYARAT AM UITM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran: 1.Bahasa Inggeris 2.Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah / Usul Al-Din / Al-Syariah / Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah; DAN; 3.Lulus Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Al-Adab Wa Al-Balaghah 4.Lulus Matematik / Matematik Tambahan