FAQ About Diploma Muamalat UiTM

Apakah syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon Program Diploma Muamalat? Diploma Muamalat UiTM
one year ago | pusatpengajianekonomikewangandanmuamalatacis

Apakah syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon Program Diploma Muamalat?

 Syarat Am Universiti

  •  Memiliki SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu;

DAN;

  • Lulus Sejarah

___________________________________

Syarat Khas Program: Lepasan SPM

 Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:

  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah / Usul Al-Din / Al-Syariah / Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah;

DAN;

  • Lulus Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Al-Adab Wa Al-Balaghah
  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan

 ___________________________________

Syarat Khas Program: Lepasan Pra-Diploma UiTM

Lulus Naik Taraf (LNT) Program Pra-Diploma Pengajian Islam (IC001/IC002)

ATAU;

Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Sains (PD007/PD008) atau Pra Diploma Perdagangan (BA002/BA003) dari UiTM;

DAN;

Lulus SPM/ Setaraf dengan:

Kepujian dalam Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah / Usul Al-Din / Al-Syariah / Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah;

DAN;

Lulus Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al- Arabiah Al-Mu’asirah / Al-Adab Wa Al-Balaghah;